Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah Yang akan datang...

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 8, 2010 at 5:34 PM

Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cutis ekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.
Tetapi bagaimanakan dengan ibu bapa ? Adakah masa yang dapat mereka luangkan untuk memenuhi musim cuti sekolah ini bersam-sama dengan anak-anak mereka ? Adakah mereka membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di seluruh negara sempena kempen ‘cuti-cuti Malaysia’? Walauapa pun, abgi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancagan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah. Dalam masyarakat tradisional, suami istero mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembanturumah. Dan apabila pulanbg dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.
Anak-anak remaj pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti  ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih saying dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupuan ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasanuntuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insane yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.

Kerajaan Cadang Wujud Kategori Sekolah Cemerlang Bantu Capai Tahap Sekolah Berprestasi Tinggi

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 1, 2010 at 5:51 PM

CEBU, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini Rabu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.

Ketika diminta mengulas mengenai guru-guru di Sabah dan Sarawak yang merasa "terhina dan "patah semangat" kerana tiada satupun sekolah di kedua-dua negeri itu tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah SBT yang diumumkan baru-baru ini, Muhyiddin berkata bukan sahaja Sabah dan Sarawak, Pahang juga tidak tersenarai.

"Ini bukan kerana kita menganak tirikan atau kita lupakan, tetapi asas pertimbangan yang dibuat pihak kementerian dalam meletakkan 20 buah sekolah terbaik itu adalah berdasarkan kriteria yang ketat," jelasnya.

"Kita tidak boleh kata setiap negeri mesti ada satu sekolah SBT, negeri ini ada tiga, setengah negeri pula tiada. Bukan kita hendak agihkan ikut negeri-negeri tetapi mengikut prestasi sekolah secara keseluruhan. Kebetulan pada tahun ini Sabah dan Sarawak tidak tersenarai daripada 20 buah SBT," katanya.

Beliau berkata daripada 20 buah SBT itu, beberapa sekolah berasrama penuh turut tersenarai yang mana terdapat juga pelajar dari Sabah dan Sarawak.

"Jangan ada pemimpin persatuan guru, kerajaan negeri, pengetua atau guru besar ataupun rakyat di Sabah dan Sarawak mengatakan kita tidak bagi perhatian. Soal standard dan piawaian tidak boleh dikompromi," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan mutu pelajaran di Sabah dan Sarawak seperti menyediakan infrastruktur dan menghantar guru terlatih bagi merapatkan jurang dan tahap pendidikan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta di antara bandar dan luar bandar.

Sumber-- BERNAMA

PERSEDIAN SEBELUM KEJOHANAN (LATIHAN PERBARISAN) 24/2/10

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Feb 23, 2010 at 6:27 PM

 

  

  


SEKITAR ACARA BALAPAN 23/2/2010

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Feb 22, 2010 at 7:09 PM

 

PARA PESERTA DIBERI TAKLIMAT SEBELUM ACARA BERMULA

 
 
SUASANA PADANG AWAL PAGI SEBELUM ACARA BERMULA




PARA PESERTA  BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN ACARA 

  

ANTARA PEGAWAI YANG TERLIBAT 


 

PEGAWAI PENJAGA MASA

  

ORANG KUAT SK AIR TAWAR 5 


 
 ANTARA KHEMAH-KEMAH PESERTA YANG DIDIRIKAN


 
ANTARA PEGAWAI KEJOHANAN YANG TERLIBAT


 

LATIHAN PERBARISAN 

SEKITAR ACARA PADANG 22/2/2010

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Feb 21, 2010 at 7:11 PM


KEADAAN CUACA PANAS  TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT KEJOHANAN
Note:SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS





ACARA LONTAR PELURU





ACARA LOMPAT TINGGI  L 12




ACARA LOMPAT TINGGI  P 12


ACARA LOMPAT JAUH



  

ANTARA PERSIAPAN YANG DILAKSANAKAN (1)



ANTARA PERSIAPAN YANG DILAKSANAKAN (2)




"HERO" LOMPAT TINGGI


Siapakah Pemilik Kaspersky Antivirus?

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Feb 19, 2010 at 7:33 AM


Guru-guru di sekolah seluruh Malaysia mesti tahu tentang Kaspersky Antivirus. Malah ada segelintir guru risau antivirus tersebut dah nak expired. Apapun, siapa tahu pemilik sebenar Kaspersky Antivirus. Seorang yang begitu minat mengumpul virus. Siapa sangka, sekarang beliau boleh bergelar jutawan dengan kumpul virus. Agak-agak, kita boleh jadi jutawan kalau kumpul setem kot..hehe.. Betul orang kata , kalau kita buat perkara yang betul-betul kita minat tidak mustahil kita akan berjaya.Sebagai contoh merujuk kepada title di atas adalah Eugene Kaspersky boleh berjaya hasil hobi beliau mengumpul virus komputer.Saya tidak akan mengulas panjang mengenai beliau.
MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.
Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.
Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.
Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.
Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.
Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP.
Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus.
Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia.
Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.
Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.Selanjutnya
Maklumat lain yang boleh baca mengenai beliau di lamanweb Wikipedia dan Kaspersky sendir

LATIHAN RUMAH SUKAN

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Feb 4, 2010 at 5:12 PM