Siapakah Pemilik Kaspersky Antivirus?

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Feb 19, 2010 at 7:33 AM


Guru-guru di sekolah seluruh Malaysia mesti tahu tentang Kaspersky Antivirus. Malah ada segelintir guru risau antivirus tersebut dah nak expired. Apapun, siapa tahu pemilik sebenar Kaspersky Antivirus. Seorang yang begitu minat mengumpul virus. Siapa sangka, sekarang beliau boleh bergelar jutawan dengan kumpul virus. Agak-agak, kita boleh jadi jutawan kalau kumpul setem kot..hehe.. Betul orang kata , kalau kita buat perkara yang betul-betul kita minat tidak mustahil kita akan berjaya.Sebagai contoh merujuk kepada title di atas adalah Eugene Kaspersky boleh berjaya hasil hobi beliau mengumpul virus komputer.Saya tidak akan mengulas panjang mengenai beliau.
MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.
Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.
Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.
Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.
Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.
Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP.
Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus.
Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia.
Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.
Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.Selanjutnya
Maklumat lain yang boleh baca mengenai beliau di lamanweb Wikipedia dan Kaspersky sendir