SEKITAR MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)..27 MAC 2010

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 30, 2010 at 5:45 PM

Bertempat di Dewan Mesra Felda Air Tawar 5 bertarikh 27 Mac 2010 besamaan pada hari Sabtu yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-29. Antara Agenda yang dibincangkan ialah Pembentangan Penyata Kewangan, Pembubaran AJK PIBG sesi 2008/2009, Perlantikan AJK PIBG sesi 2010/ 2011, pembentangan Usul-usul dan Hal-hal lain. Pada sesi perlantikan Ahli Jawatankuasa  PIBG kali ini, jawatan Yang dipertua PIBG telah dikekalkan Iaitu En Mohd Noor bin Abd Hamid sebagai penyandang tetap.

.

  Gambar 1. Antara persiapan yang dilaksanakan sebelum Mesyuarat di adakan

 Gambar 2


 Gambar 3. Sampai pinjam lori untuk  mengangkut ke dewan Mesra

 Gambar 4. Para ibu-bapa mula mendaftar

Gambar 6. Kelihatan Yang Dipertua PIBG sedang mendaftar.

Gambar 7

Gambar 8. Kelihatan Orang Kuat PIBG

Gmbar 9. Orang kuat di belakang tabir

Gambar 10. Murid tahun 1 Melakonkan persembahan

Gambar 11. Kata alu-aluan Tuan Guru Besar.

Gambar 12. Sesi Penyampaian Cenderahati

Gambar 13

Gambar 14. Ajk PIBG

    Gambar 15. Sesi penyampaian Hadiah nombor bertuah

MENINJAU "PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA ICT"

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 17, 2010 at 6:25 PM

Pada 15-18 Mac 2010 satu Program anjuran pihak sekolah dan Fasilitaor Schoolnet SKAT 5 telah berlangsung di Makmal Komputer SKAT 5. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah melibatkan murid tahun 4 dan 5. Antara Pengisian Program yang dilaksanakan ialah Asas pengenalan peralatan ICT, Pengenalan kepada perkhidmatan dan kemudahan internet dan Asas penggunaan Enjin Carian dan E-mail.

                  Gambar 1 Murid-murid khusyuk melihat maklumat di Internet

                                   
Gambar 2

            Gambar 3. Salah seorang staff yang juga turut mengambil peluang bersama-sama menyertai program

          Gambar 4

                                                                     Gambar 5

  Gambar 6

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG DAN SKAT 5( 13 MAC 2010)

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 14, 2010 at 5:17 AM

Pada 13 Mac 2010 kira-kira jam 7.30 pagi, Kampung Felda Air tawar 5 telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang disertai oleh penduduk kampung Felda dan dimeriahkan lagi dengan penyertaan Pelajar SKAT 5 dan Sekolah Agama Felda Air Tawar 5....



                  Peserta berhimpun di Dewan Mesra  (F) Air Tawar 5


              Anggota Polis Mengawal lalu lintas dan Mengawasi Para Peserta


          Sebahagian Murid-murid SKAT 5 yang menyertai Perarakan

Uztaz Ahmad Shukri (Gambar)  antara orang kuat dalam melasksanakan sambutan Maulidur Rasul ini

                       Antara Guru yang  terlibat  menyertai Perarakan
                              
  
   Orang yang bertanggungjawab dalam Sambutan  Maulidur Rasul selkaligus Hari Koku

                       Antara Guru yang hadir di Hari Sambutan Maulidur Rasul

                          Warna Baju sedondon.......

                       Guru Besar SKAT 5 memantau Barisan perarakan murid


Antara Para peserta (Sekolah Agama Felda Air Tawar 5)  yang mempamerkan Banting sempena Sambutan Maulidur Rasul kali ini

          
Masa untuk menjamu selera

HARI TAKLIMAT PROGRAM LINUS (Bilik mesyuarat / 12 Mac 2010)

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 11, 2010 at 6:02 PM


Pn Rafiah bt Md Ali selaku Pengerusi memulakan taklimat


Tuan Guru Besar menyampaikan kata-kata aluan.

Salah seorang wakil ibu bapa dalam sesi soal  jawab.



En. Radizam bin A Kadir antara Orang yang bertanggungjawab menjawab segalala persoalan  tentang LINUS


Antara ibu-bapa yang menghadiri taklimat

Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah Yang akan datang...

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 8, 2010 at 5:34 PM

Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cutis ekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.
Tetapi bagaimanakan dengan ibu bapa ? Adakah masa yang dapat mereka luangkan untuk memenuhi musim cuti sekolah ini bersam-sama dengan anak-anak mereka ? Adakah mereka membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di seluruh negara sempena kempen ‘cuti-cuti Malaysia’? Walauapa pun, abgi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancagan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah. Dalam masyarakat tradisional, suami istero mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembanturumah. Dan apabila pulanbg dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.
Anak-anak remaj pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti  ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih saying dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupuan ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasanuntuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insane yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.

Kerajaan Cadang Wujud Kategori Sekolah Cemerlang Bantu Capai Tahap Sekolah Berprestasi Tinggi

Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI | | Posted On Mar 1, 2010 at 5:51 PM

CEBU, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini Rabu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.

Ketika diminta mengulas mengenai guru-guru di Sabah dan Sarawak yang merasa "terhina dan "patah semangat" kerana tiada satupun sekolah di kedua-dua negeri itu tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah SBT yang diumumkan baru-baru ini, Muhyiddin berkata bukan sahaja Sabah dan Sarawak, Pahang juga tidak tersenarai.

"Ini bukan kerana kita menganak tirikan atau kita lupakan, tetapi asas pertimbangan yang dibuat pihak kementerian dalam meletakkan 20 buah sekolah terbaik itu adalah berdasarkan kriteria yang ketat," jelasnya.

"Kita tidak boleh kata setiap negeri mesti ada satu sekolah SBT, negeri ini ada tiga, setengah negeri pula tiada. Bukan kita hendak agihkan ikut negeri-negeri tetapi mengikut prestasi sekolah secara keseluruhan. Kebetulan pada tahun ini Sabah dan Sarawak tidak tersenarai daripada 20 buah SBT," katanya.

Beliau berkata daripada 20 buah SBT itu, beberapa sekolah berasrama penuh turut tersenarai yang mana terdapat juga pelajar dari Sabah dan Sarawak.

"Jangan ada pemimpin persatuan guru, kerajaan negeri, pengetua atau guru besar ataupun rakyat di Sabah dan Sarawak mengatakan kita tidak bagi perhatian. Soal standard dan piawaian tidak boleh dikompromi," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan mutu pelajaran di Sabah dan Sarawak seperti menyediakan infrastruktur dan menghantar guru terlatih bagi merapatkan jurang dan tahap pendidikan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta di antara bandar dan luar bandar.

Sumber-- BERNAMA